PENDAHULUAN
Pergerakan kesedaran baru dalam kalangan orang
Melayu yang berkembang selaras dengan perkembangan akhbar bermula awal kurun
ke-20.Melalui akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang
perkembangan di Tanah Melayu dan di negara luar. Penyebaran maklumat dari luar
negara seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia
Tenggaara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran
tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh
kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi
kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai
bumiputera negara ini.Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah
memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan
yang sedang berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk
menyalurkan pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka.
Akhbar dan majalah banyak memberikan peranan terhadap penyebaran idea-idea
semangat kabangsaan serta membantu tanah melayu dalam mencapai kemerdekaan.Banyak
isu-isu yang dibangkitkkan oleh akhbar-akhbar berkenaan untuk menuntut hak
orang melayu pada waktu itu.
PENGENALAN
Pada tahun
1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan
politik orang Melayu. Selain itu,akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan
dikalangan masyarakat melayu dan melalui seruan-seruan akhbar orang melayu
menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun. Antara peranan
akhbar dalam membangkitkan semngat kebangsaan ialah mengkritik dasar British
yang tidak menguntungkan orang Melayu serta menyeru orang melayu bersatu dan
menghapuskan semangat kenegerian. Selain itu, menuntut kedudukan yang lebih
baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
OBJEKTIF
KAJIAN
KAJIAN KAMI MEMBINCANGKAN BEBERAPA OBJEKTIF
ANTARANYA
1 ) Mengenal
pasti akhbar-akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan
idea-idea semangat kebangsaan.
2 ) Mengkaji
dan mengalisis kesan-kesan/isu-isu yang dibawa oleh majalah dan akhbar tersebut
3 )
Membincangkan tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan idealogi
semangat kebangsaan melalui akhbar dan majalah
METODOLOGI
KAJIAN
Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa
kaedah kajian bagi menyempurnakan kajian kami ke atas tajuk “Peranan akhbar dan
majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan. Antaranya ialah
KAEDAH KEPERPUSTAKAAN;
I. MELAYARI INTERNET
Melalui kajian ini, kami telah mencari maklumat
mengenai peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat
kebangsaan.Banyak maklumat telah kami peroleh melalui kaedah tersebut.
Kami telah memuat turun dan mencetak bahagian
berkenaan untuk kami gunakan dalam kajian kami.
II.
KAEDAH PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Kajian ini menggunakan kajian penyelidikan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk “Peranan akhbar dan majalah dan
idea-idea memperjuangkan semangat kebangsaan”.Maklumat-maklumat ini diperoleh
melalui akhbar, buku-buku da journal.
KAEDAH LAPANGAN;
I. KAJIAN LAPANGAN
Sepanjang kajian ini, kami juga telah menggunakan
kaedah lapangan. Kaedah lapangan yang kami gunakan ialah:-
Ø Soal
Selidik.
Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 15
responden untuk menjalankan sesi pengetahuan kepada individu terhadap
perjuangan dan idea-idea semangat kebangsaan melaui akhbar dan majalah.
Kepentingan kepada Individu;
- Kajian ini
dijalankan untuk menanamkan sifat patriotisme dalam diri setiap individu.
Justeru itu, dapat memupuk dan menyemai semangat kebangsaan dalam diri secara
tidak langsung dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara.
Kepentingan kepada
Masyarakat;
- Kajian
ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat.Oleh itu, dapat menyemarakkan konsep perpaduan dalam pelbagai kaum
di negara ini.Masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat berbeza
agama,bangsa dan budaya dapat disatukan dalam kehormonian.
Kepentingan kepada
Negara;
Kajian ini dijalankan untuk memahami
implikasi terhadap Negara dari segi social, ekonomi dan politik. Negara telah
mencapi kemerdekaan selama 58 tahun mengkaji dapatkah ia membantu negara
ke arah kemajuan dari segi ekonomi dan membawa kestabilan keatas
keselamatan Negara.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman dan
pengetahuan pelajar PNS dalam idea-idea semangat patriotisme dan mengenal pasti
program-program yang dapat membantu dan memupuk semangat cinta akan negarandi
kalangan masyarakat dan juga dapat membantu pelajar mengenali tokoh-tokoh yang
terlibat dan jasa tokoh-tokoh terbabit dalam aktiviti memperjuangkan tanah air.
Ia juga dapat membantu golongan pelajar memahami aspek penting peranan akhbar
dan majalah secara lebih terperinci.
Bahagian B:
Mengenal
pasti akhbar dan majalah yang terlibatdalam memperjuangkan idea dan semangat kebangsaan.
|
Berdasarkan soal
selidik yang telah kami jalankan keatas 15 responden semester satu Politeknik
Nilai. Kami dapati daripada soalan
pertama iaitu adakah peanan akhbar dan majalah dapat menarik minat pelajar
untuk mendalami dan fahami tentang semangat patriotisme , seramai 7% sangat
tidak setuju , 12% tiak setuju, 53% setuju dan sebanyak 12% sangat setuju.
Berdasarkan pada soalan
kedua iaitu pada pandangan anda, adakah majalah hiburan dapat membantu
masyarakat dalam mempelajari tentang semangat patriotisme, kami dapati seramai
0% sangat tidak setuju, 26% tidak setuju, 46% setuju dan 12% sangat setuju.
Berdasarkan pada soalan
ketiga iaitu adakah penggunaan akhbar dan majalah dapat embantu dalam
memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan, kami dapati seramai 0% sangat
tidak setuju, 7% tidak setuju, 53% setuju dan 20% sangat setuju.
Berdasarkan pada soalan
keempat iaitu pada pendapat anda, selain daripada akhbar dan majalah laman
sesawang juga dapat membantu dalam memperolehi maklumat tentang idea-idea
semangat kebangsaan, kami dapati seramai 7% sangat tidak setuju, 0% tidak
setuju, 26% setuju dan 53% sangat setuju.
BAHAGIAN
C :
|
Mengetahui jasa-jasa dan usaha tokoh-tokoh
yang terlibat dalam memperjuangkan semangat kebangsaan dalam bidang penulisan.
|
Berdasarkan soal selidik yang telah kami jalankan
keatas 15 responden semester satu Politeknik Nilai. Kami dapati daripada soalan pertama iaitu
Pada pendapat anda , adakah lagu warisan yang dinyanyikan oleh Sudirman dapat
menaikkan semangat patriotisma dalam diri, seramai 7% pelajar sangat tidak
setuju, 0% tidak setuju , 20% setuju dan 60% sangat setuju.
Bedasarkan pada soalan kedua iaitu Semangat
perpaduan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat untuk mempertahankan tanah
air daripada dijajah oleh anasir luar supaya Negara aman dan sentosa, 0% sangat
tidak setuju, 7% tidak setuju, 32% setuju dan 46% sangat setuju.
Soalan ketiga, adakah filem dan video dapat membantu
pelajar mengetahui lebih mendalam berkaitan tentang jasa dan tokoh yang
terlihat dalam aktiviti memperjuangkan semangat patriotism, 0% sangat tidak
setuju, 7% tidak setuju, 26% setuju dan 52% sangat setuju.
Soalan terakhir pula, adakah filem patriotisma dapat
member pengetahuan tentang jasa-jasa dan tokoh yang terlibat dalam aktiviti
mempertahankan tanah dan dapat mengenal pasti tokoh-tokoh dan peranan mereka,
7% sangat tidak setuju, 0% tidak setuju, 27% setuju dan 52% sangat setuju.
ANALISIS
DAN PERBINCANGAN
MENGENALPASTI AKHBAR DAN MAJALAH YANG TERLIBAT DALAM MEMPERJUANGKAN
IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN
Terdapat beberapa akhbar yang terlibat dalam
memperjuangkan idea dan semangat kebangsaan.Akhbar ini beperanan dalam
meyebarkan idea-idea kepada masyarakat tanah melayu.Ini juga temasuk beberapa majalah yang beperanan
yang samaantaranya ialah
- Lembaga
Melayu (1914-1931) di Singapura
- Pengasuh
(1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
- Majalah
Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- Al-Ikhwan
(1926-1931) di Pulau Pinang
- Saudara
(1928-1941) di Pulau Pinang
- Fajar
Sarawak (1930) di Sarawak
a) Akhbar
Warta Malaya;
- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn
Jaafar
- menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi
orang Melayu
- mendesak orang Melayu diberikan lebih
banyak jawatan penting dalam perkhidmatan
kerajaan
b) Akhbar
Majlis;
- diterbitkan di Kuala Lumpur
- pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
- mendedahkan kelemahan dasar British
yang mengancam kedudukan orang Melayu
- dianggap akhbar yang berani
c) Akhbar
Utusan Melayu;
- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
-
menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan
persatuan bagi
memperjuangkan
nasib bangsa dan tanah air
PERJUANGAN DAN IDEA-IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN MELALUI
AKHBAR DAN MAJALAH
Akhbar
|
Tahun Penerbitan
|
Pengasas
|
Fokus
|
Al-Imam
|
22
Julai 1906
|
Syed
Syeikh Al-Hadi (Singapura)
|
Al-Imam
dikatakan menyampaikan Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan
untuk orang melayu bangkit dari kemunduran.
|
Al-Ikhwan
|
16September1926
|
Syed
Syeikh Al-Hadi(Pulau Pinang)
|
Al-Ikhwan
bercorak islamiah yang memuatkan isu-isu tentang kemunduran bangsa dan kebebasan
kaum wanita. Majalah ini digerakkan oleh Kaum Muda.
|
Saudara
|
29September1928
|
Syed
Syeikh Al-Hadi(Pulau Pinang)
|
Akhbar
ini adalah sambungan kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dan
usaha-usaha untuk menggalakkan rakyat terutama orang melayu untuk memajukan
diri mereka.
|
Neracha
|
15
Februari 1911
|
Haji
Abas Mohd Taha (Singapura)
|
Memiliki
konsep dan ciri yang hamper sama dengan Al-Imam. Bercorak keagamaan dan
memuatkan berita dari Timur Tengah, terutama berhubung semangat Pan-Islam.
|
Majlis
|
17
Disember 1931
|
Abdul
Rahim Kajai (Kuala Lumpur)
|
Akhbar
ini penting dalam member sunbangan memperjuangkan semangat kebangsaan di
kalangan orang melayu. Ruangan ini membolehkan orang ramai menulis tentang
masalah politik, sosial dan ekonomi.
|
Warta
Malaya
|
1
Januari 1930
|
Dato
Onn Jaafar (Singapura)
|
Banyak
member kesedaran kepada orang melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang
tidak sesuai dan sekaligus menjadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran.
|
Utusan
Melayu
|
November
1907-1922
29 Mei 1930
|
Abdul
Rahim Kajai (Singapura)
|
Akhbar
ini dianggap sebagai lambang perpaduan orang melayu kerana rencananya banyak
membela kepentingan orang melayu dan menentang penjajahan.
|
Chenderamata
|
Selepas
Perang Dunia Kedua
|
Guru-guru
pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris antaranya Za’ba.
|
Mesej-mesej
yang disampai selain daripada aktiviti Maktab Perguruan tersebut banyak
memuatkan rencana untuk mencetuskan semangat kebangsaan pembaca.
|
Warta
Sarawak
|
Pramerdeka
|
Komuniti
Melayu Sarawak
|
Agen
untuk membangkitkan kesedaran dan semangat kebangsaan Melayu di Sarawak. Ia
juga menekankan pendidikan orang melayu, seruan agar mengerjakan tanah air
sendiri dan bergiat dalam perniagaan.
|
Lembaga
Melayu
|
31
Disember 1931
|
Mohd.
Eonos Abdullah (Singapura)
|
Bermula
dengan menterjemahkan berita-berita perang daripada Malay Tribute dan
lama-kelamaan berfungsi sebagai media perbicaraan kepentingan orang Melayu.
|
Panduan
Guru
|
Julai
1922
|
Mohamad
Hussin Rashid
|
Majalah
pertama terbitan Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang.
|
MENGKAJI DAN MENGALISIS KESAN-KESAN/ISU-ISU YANG
DIBAWA OLEH
AKBAR
DAN MAJALAH TERSEBUT.
SOSIAL;
·
Memajukan pendidikan
tinggi orang melayu.
·
Menggalakkan pendidikan
untuk anak perempuan.
·
Menggalakkan tabungan
di kalangan orang
Melayu untuk pendidikan
anak-anak.
·
Meningkatkan kemahiran
tradisional orang Melayu seperti pertukangan
dan kerja tangan.
·
Mementingkan pendidikan
bahasa Inggeris untuk
kemajuan orang Melayu.
·
Meminta
taraf sekolah Melayu
dibaiki dengan memberikannya nilai
ekonomi.
·
Memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi
dalam pentadbiran British.
·
Mengekalkan nilai-nilai
baik masyarakat.
·
EKONOMI;
·
Menggalakan syrikat
kerjasama supya meningkatkan
ekonomi dengan senang.
·
Meminta
British mengurangkan kemasukan
orang dagang kerana hal
ini mengancam ekonomi tempatan.
·
Menggalakan perniagaan dalam kalangan orang Melayu.
·
Melarangkan orang
Melayu daripada menjual
tanah mereka.
·
Menyeru
orang Melayu supaya
berjimat cermat.
·
Meminta
British mengadakan kampung
khas Melayu di Kuala
Lumpur.
·
POLITIK;
·
Mengkritik British
kerana mengurangkan kuasa Raja-raja
Melayu.
·
Mengkritik para
pembesar dan Raja-raja Melayu kerana tidak meaksanakan
kepimpinan yang sewajarnya untuk
rakyat.
· MEMBINCANGKAN
TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT
a) Abdul Rahim Kajai
·
seorang
nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan
·
digelar
Bapa Kewartawanan Melayu
·
menjadi
Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta
Malaya, Majlis dan Utusan Melayu
BIODATA:
·
Abdul
Rahim Haji Salim-[1894]] - 5 Disember 1943
·
Selangor
·
Meninggal
dunia -5 Disember 1943 (umur 49)
·
Warganegara
·
Nama
lain- Abdul Rahim Kajai
·
Pekerjaan-penulis
·
Terkenal
kerana- Bapa Kewartawanan Melayu.
·
Agama-
Islam
·
Ibu
bapa- Haji Salim
b)SYED SHEIKH AHMAD
AL-HADI (22 November 1867 - 20 Februari 1934)
·
Salah
seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif
di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an
·
Bersama-sama
Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad
Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di
Singapura
·
Pada
tahun 1927,beliau membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan
penerbitan yang bersifat reformasi Islam
·
Hasil
penulisannya termasuk:-
1.Hikayat
Faridah Hanum, 1925
2.Anak
dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959.
3.Hikayat
setia asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press.
4.Rokombul
dalam Sibiria. Pulau Pinang: Jelutong Press.
c)ZAINAL ABIDIN AHMAD
·
juga
dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu
keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an.
·
Zaaba
menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau
menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang
Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan
pada 1915.
BIODATA:
·
NAMA-
ZAINAL ABIDIN AHMAD
·
TARIKH
LAHIR-16 SEPTEMBER 1895
·
MENINGGAL
DUNIA-23 OKTOBER 1973(UMUR 78)
·
NAMA
LAIN-ZA’BA
·
AGAMA-ISLAM
KESIMPULAN
Kesimpulannya, peranan
akhbar dan majalah dalam menggerakkan kesederan orang melayu amat jelas.
Isu-isu berkaitan sosial, ekonomi dan politik yang disiarkan menyebabkan
pembaca mendapat idea baru dan pendedahan tentang gerakan nasionalisme di luar
dan di dalam negara. Mereka dapat membandingkan dan menilai kesan penjajahan
terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik.
Apa yang kami dapat nyatakan untuk memahami
dan mengetahui tentang kewujudan akhbar dan majalah di tanah air suatu ketika
dahulu. Selain itu, kemunculan akhbar dan majalah dapat membuktikan bahawa
setiap negeri ini memunyai penceritaan
yang tersendiri. Dengan pemahaman ini, maka dapatlah generasi seterusnya
mengetahui dan memahami cara-cara idea-idea patriotisme disebarkan dalam
memperjuangkan semangat kebangsaan. Masyarakat juga dapat mengetahui peranan
akhbar dan majalah dalam membangkitkan semangat kebangsaan.
Cadangan saya kepada penyelidik serta penkaji
supaya menggunakan kajian ini sebagai rujukan agar dapat meneruskan kajian
dengan lebih terliti. Saya juga berharap kajian ini dapat membantu srba sedikit
untuk melaksanakan kajian pada masa akan datang. Saya juga mencadangkan keoada
para pelajar untuk menjadikan kajian ini sebagai bahan pembelajaran kerana isi
kandungan dalam kajian ini dapat membantu pelajar mentelaah pelajaran.
LAMPIRAN
Harrah's Philadelphia casino and hotel - CBS Philly
ReplyDeleteThe casino 파타야바카라 was 게임종류 shut down due to the pandemic, and in a op 사이트 few months, Harrah's Philadelphia Casino & Hotel, formerly 예스 벳 Harrah's Philadelphia, and 7 포커 족보 The